Image

PREMIUM BEAUTIFUL - WAIST NIPPER




Ciri-Ciri Produk

1. Mempunyai 7 batang keluli yang dapat menyokong bahagian pinggang dan
mengukuhkan tulang belakang, seterusnya memperbaiki postur badan.

2. Reka bentuk ergonomi yang unik dapat menyelaraskan lemak pada bahagian
pinggang ke bahagian dada dan pinggul, seterusnya menghasilkan kontur
badan yang menarik.

3. Benang yang diimport dari Jepun membantu membentuk kontur badan yang
menarik.

4. Reka bentuknya yang fleksibel dapat memberi kesan yang memuaskan
berdasarkan bentuk badan seseorang.

5. 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.

6. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.



Cara Pemakaian Yang Tepat



  • Gerakkan waist nipper ke bahagian kiri depan, pasangkan cangkuk pertama
  • dan cangkuk yang terakhir. Kemudian pasangkan cangkuk-cangkuk yang
    lain dari bawah ke atas.
  • Perhatikan garisan tengah.
  • Tali belakang diikat bersilang, tarik nafas sebelum menarik tali tersebut.
  • Pemeriksaan sendiri.


  • Soal Jawab

    Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?
    Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian. Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan kontur badan yang menarik.

    Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?
    Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan yang menarik.

    Sekiranya kita ingin memakainya selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai untuk mendapatkan ukuran badan?
    Anda dicadangkan supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6 hingga 7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan adalah tidak besar. Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin. Selain itu, bagi mereka yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10 hari selepas bersalin. Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin. Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam masa enam bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke tempat asal.


    Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?
    Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda. Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa.

    Adakah long brassiere harus dipakai bersama dengan long girdle dan waist nipper?
    Long brassiere dan long girdle Premium Beautiful merupakan pakaian dalam pembentukan badan yang berfungsi untuk menyelaraskan kontur-kontur di bahagian dada, pinggang, perut, pinggul, paha dan keseluruhan badan. Bagi waist nipper pula, ia dapat menyelaraskan kontur dada dan perut, meningkatkan kedudukan dada dan menjadikannya lebih berisi serta memperbaiki postur seseorang. Semasa anda memakai pakaian yang ketat, waist nipper diperlukan untuk memenuhi ruang antara brassiere dan long girdle untuk membentuk pinggang yang ramping dan seterusnya memperbetulkan postur badan. Maka, mereka yang memakai long brassiere, waist nipper dan long girdle pada masa yang sama dapat membentuk kontur badan yang menarik.



    No comments:

    Post a Comment