Minyak Pelincir Memainkan Tiga Peranan Utama:
i. mengawal geseran dan lusuh pada enjin,
ii. melindungi enjin daripada berkarat,
iii. menyejukkan piston, dan
Sebanyak 75%-95% dari pelincir enjin khas adalah terdiri dari base minyak mineral yang dihasilkan terus dari loji penapisan minyak. Minyak ini secara semulajadi mengandungi rantaian atau cabang molekul hidrokarbon-hidrokarbon dengan gelang aromatik atau rantaian ini boleh dihasilkan melalui proses kimia.
ii. melindungi enjin daripada berkarat,
iii. menyejukkan piston, dan
Sebanyak 75%-95% dari pelincir enjin khas adalah terdiri dari base minyak mineral yang dihasilkan terus dari loji penapisan minyak. Minyak ini secara semulajadi mengandungi rantaian atau cabang molekul hidrokarbon-hidrokarbon dengan gelang aromatik atau rantaian ini boleh dihasilkan melalui proses kimia.
Minyak pelincir terdiri daripada aditif yang digunakan untuk meningkatkan prestasi. Biasanya ini termasuk aditif:
i. antiwear,
ii. penghalang karatan,
iii. antioksidan,
iv. detergen,
v. pengurai enapan,
vi. aditif antifoam dan
vii.polimer molekul-molekul besar yang dikenali sebagai pengubah kelikatan (viscosity modifiers), yang diformulakan untuk meningkatkan variasi kelikatan pelincir dengan pada suhu yang berbeza.
>> di uji dalam air <<
Keajaiban JTX1000 :
molekul2 minyak jtx-1000 melekat seperti magnet walaupun berada di dalam air..
Kelikatan adalah sifat fizikal yang paling penting pada minyak pelincir. Pada suhu yang pelbagai, kadar geseran (shear rate) dan tekanan yang tinggi menentukan prestasi minyak pelincir di dalam enjin. Minyak pelincir juga harus tahan terhadap pengoksidaan, juga mampu membentuk lapisan pelindung untuk mengatasi kehausan pada enjin.
Lapisan pelindung yang menyaluti permukaan di antara dua permukaan logam yang bergerak diukur oleh kelikatan dinamik (Dinamic Viscosity), yang diukur dalam unit saat millipascal (mPa.s). Lebih tepat lagi, kelikatan dinamik berkadaran dengan shear stress (daya geseran yang bertindak pada minyak per unit luas).
Bagi JTX 1000, lapisan pelindung khas iaitu Tribologi Clear Film (TCF) dan Extream Pressure (EP) yang diformulasikan bagi melindungi setiap permukaan yang berpotensi kepada geseran dan mampu bekerja walaupun enjin kehilangan minyak pelincir akibat kebocoran yang tidak disedari.
Minyak Pelincir Terbahagi Kepada Dua Kategori:
i. monograde dan
ii. multigrade
Ianya bergantung kepada perubahan kelikatan dengan suhu. Society of Automotive Engineers (SAE) telah mencipta sebuah sistem terperinci klasifikasi kelikatan.
Sebagai contoh:- multigrade SAE-15W/50. Nombor pertama (15W) merujuk kepada dinamik kelikatan yang diukur pada suhu rendah, angka kedua (50) menggambarkan kinematik kelikatan pada suhu 100 C. Ini bermakna minyak 15W/50 multigrade memberi perlindungan pada suhu yang tinggi dan enjin mudah dihidupkan walaupun pada suhu rendah (suhu terendah di Semenanjung Malaysia adalah 18 darjah celsius- Cameron Highland).
SAE 15W/50 adalah multigrade di mana ia mampu melindung enjin terhadap kehausan (wear) dengan dilengkapi lapisan pelindung yang menyelaputi seluruh permukaan enjin dan mampu bergerak pada suhu enjin ekstrim tinggi. SAE 15W/50 melebihi pematuhan klasifikasi yang ditetapkan oleh API SM, SL, SJ dan SH.
SAE 15W/50 disyorkan terutama untuk enjin yang lebih tua untuk digunakan dalam suhu yang tinggi dan operasi bagi tugas berat seperti trailer, lori dan sebagainya pada kelajuan tinggi atau pemanduan jarak jauh. SAE 15W/50 juga disyorkan pada enjin berprestasi tinggi yang terlibat dalam perlumbaan litar atau rally. Ia amat sesuai bagi enjin berprestasi tinggi kerana bersifat high thermal stability.
Oleh itu gunakanlah JTX 1000 untuk kenderaan anda kerana hanya
JTX 1000 sahaja yang mampu memberi kepuasan pemanduan dengan penggunaan bahan bakar (petrol, diesel, NGV) yang lebih menjimatkan. Pelindungan pada enjin juga boleh dioptimumkan dan memberi kesan penjimatan dari segi kos penyelenggaraan enjin dan memanjangkan jangka hayat enjin dengan lebih lama...
No comments:
Post a Comment