KEBURUKKAN MEMANASKAN ENJIN
KENDERAAN
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Soalnya sekarang adakah
pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi
satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin
kenderaan di Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy
Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin
adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah
selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar
15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di
Malaysia?
Salah seorang jurutera
penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines
run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder
itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin
di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan
idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin.
Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’
kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang
tidak betul ini.
DINDING SILINDER CEPAT
HAUS
Tabiat memanaskan enjin atau
membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu
perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran
bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa
kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan
turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di
dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami
kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak
terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak
pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang
kecekapannya.
PALAM PENCUCUH MENJADI
KOTOR
Di samping itu, tabiat ini
juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu
kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan
menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan
bahan api sebanyak 5%.
PAIP EKZOS CEPAT
BERKARAT
Pada waktu pagi, sesetengah
kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak
daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil
daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam
keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas.
Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana
akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
No comments:
Post a Comment